Sunday 9 June 2013

Terapi Rolfing Untuk Mustaqim

 Assalamualaikum....

Alhamdulillah...
Hasil daripada jualan saya selama ini,
Inilah terapi terbaru buat Mustaqim...
Dah kali ke tiga kami ke sini..
Semakin nampak perubahan pada anak kecil ini..
Lehernya semakin kuat berbanding sebelum ini...

Terima kasih buat semua pelanggan "Luxury Taste"
di atas sokongan dan doa2 dari kalian..
Hanya Allah dapat membalasnya..

TERAPI ROLFING

~ Mustaqim bersama terapis : Encik Dayang namanya ~

Saya mendapat maklumat tentang rawatan ini dari kawan sekasut, Kak Afidah (K.ju).
Boleh rujuk blognya di :


Dan tempat rawatan ini pula saya ketahui dari kawan sekasut juga iaitu 
Kak Rafidah Rafizah dan Mummy Rizki.
Saya sangat bersyukur kerana di pertemukan dengan kawan-kawan sekasut yang mempunyai banyak 
ilmu pengetahuan dan pengalaman...
Mereka sangat baik dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya..
Hanya Allah yang dapat membalas segala budi kalian semua...

No comments:

Post a Comment