Sunday 9 June 2013

Tentang Mustaqim

Assalamualaikum....


Alhamdulillah...
Syukur pada Mu Ya Allah di atas rezeki yang kau berikan kepada ku...
Di sini ingin saya berkongsi kisah anak saya, Muhammad Mustaqim. 
Kini sudah berusia 2 tahun 8 bulan.
Anak syurga ini telah disahkan Cerebral Palsy / Kerencatan Otak akibat kekurangan oksigen 
di dalam kandungan semasa proses kelahirannya.

Perkembangan Mustaqim sekarang sangat lambat seperti 
perkembangan bayi berusia 3bulan. 
Lehernya masih belum kuat...
Belum boleh meniarap sendiri...
Belum boleh bercakap...
Belum boleh makan sendiri...
Belum boleh pegang barang dengan sendiri..
Masih terlantar macam bayi..

Tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit ini kecuali 
TERAPI....TERAPI....dan terus berusaha untuk TERAPI untuknya...
Dan saya tidak akan berputus asa untuk melakukan sesuatu untuknya...
Harapan saya sangat besar dan tinggi menggunung ingin melihat anak syurga ini 
Mampu bertatih berjalan sendiri.....
Mampu menguruskan dirinya sendiri...
Mampu makan dan minum sendiri...
Mampu bercakap dan berkata-kata...
Moga harapan dan impian saya untuk semua itu akan termakbul sebelum saya dan suami memejamkan mata, meninggalkan dunia ini.

Alhamdulillah..
Niat saya memulakan perniagaan ini adalah untuk mengumpul dana bagi memulihkan anak syurga ini.
Terima kasih Ya Allah di atas rezeki yang engkau berikan kepada anak syurga ini...
Jutaan terima kasih juga buat pelanggan-pelanggan "Luxury Taste" yang banyak membantu dan memberikan sokongan kepada kami...Tanpa anda tidak mungkin kami berpijak di bumi yang nyata..
Moga Allah dapat membalas jasa kalian semua...

Di dalam senang ada juga terselit keresahan di hati ini.
Buat mereka yang selalu mempertikaikan usaha saya ini, saya mohon maaf jika membuatkan anda semua tidak selesa dengan apa yang saya lakukan..
Mungkin ada yang memperkatakan bahawa saya meraih simpati dalam perniagaan saya ini dengan menggunakan anak saya...

TIDAK SAMA SEKALI..

Itu bukanlah niat di hati saya..
Saya cuma ingin berkongsi rasa dengan anda semua..
Memberi pendedahan tentang wujudnya anak istimewa.
Kerana masih ramai di luar sana kurang pendedahan tentang hal ini.
Amanah yang sangat berat untuk dipikul...
Kerana kita yang akan menjawabnya sendiri nanti di akhirat kelak..
Bukan senang untuk menerima hakikat yang telah Allah berikan kepada saya.
Dan bukanlah pula untuk saya menyorokkan anak istimewa ini di dalam rumah sahaja...
Dia juga seperti insan biasa yang punya hati dan perasaan.
Saya amat bersyukur kerana Allah telah memilih saya untuk menjaga anak istimewa ini yang tempatnya nanti sudah tentu di syurga...dan kita insan biasa perlu perbanyakkan lagi amalan di dunia ini... 
Moga kalian semua dapat memahami perasaan saya sebagai seorang ibu...





No comments:

Post a Comment